Tuesday, 16 September 2014

PROMOSI MAHARANI

HIASAN SANGGUL
HS7001 - RM30

HS7002 - RM30

HS7003 - RM30

HS7004 - RM30

HS7005 - RM30

MENCARI CINTA....

Di hening sepertiga malam, aku bersujud ke hadrat Ilahi, bermuhasabah diri dalam mencari cinta abadi. Detik demi detik aku sentiasa menberi cinta dan mengemis cinta daripada insan lain. Kekadang cinta yang aku terima adalah cinta yang tiada belas dan tiada sayang. Namun begitu, aku tetap ikhlas memberi cinta.

Alhamdulillah...
Akhirnya, aku telah menemui cinta yang abadi nan agung. Tiada cinta sehangat cinta ini. Cinta ini menjadikan aku seorang yang kuat untuk bangkit dari kesedihan. Cinta yang tidak pernah padam yang sentiasa memberi sokongan dan kekuatan. Kekuatan cintaku semakin hari semakin utuh. Setiap hari, apabila aku berada dalam kepayahan dan kesedihan, cinta ini datang memberi jalan. Cinta ini tidak pernah melupakan aku, walaupun kadang kala aku terlalai untuk mengingati. Cinta ini sentiasa ada dekat denganku. Cinta ini sentiasa memandang aku dengan penuh kasih sayang, cinta dan belas kasihan. Bantuan yang diberikan dengan cara yang tersendiri dan datang pada waktu yang betul dan tempat yang betul.

Aku akan berusaha untuk menjaga segala tanggungjawabku demi cinta ini. Sepertimana cinta ini tidak jemu-jemu mendengar rintihan dan rayuan aku setiap hari, serta memberi rahmat dan jalan.

TERIMA KASIH ALLAH. CINTAKU YANG ABADI NAN AGUNG.

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

Hari nie bercuti 1 malaysia...
SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPT...

So terfikir plak nak masak... tengah hari tadi masak ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI...mmmmm....

Saja nak share...

Bahan2nya...

Ikan tenggiri
Cili kering blander ye
Bawang kecil, bawang putih, halia n kunyit
Jintan kasar n jintan halus
Serai n daun kari (spy masakkan kita wangi smpi rumah jiran)
Air
Asam keping
Garam
Bahan perasa

Cara membuatnya senang je....
1. Tumuiskan cili kering, bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit, jintan kasar, jintan halus, serai n daun kari.  Tumis sehingga garing n naik bau.

2. Setelah itu masukkan air n asam keping. Biarkan mendidih seketika.

3. Selepas itu masukkan ikan. Biarkan sehingga ikan kita masak. Akhir sekali masukkan garam n bahan perasa secukup rasa.

Huhu.... siap ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI... 

Saturday, 13 September 2014

PROMOSI AZ ZAHRA...


TELEKUNG LYCRA

Pelbagai warna pilihan.
Jenis kain sejuk, selesa dan berat (tidak mudah ditiup angin)
Tidak perlu memakai anak tudung, kemas dan menutup aurat.
Free saiz, juga sesuai dipakai oleh ibu mengandung.

Harga: RM90.
Penghantaran: RM9 (semenanjung Malaysia)
                            dan RM12 (Sabah/Sarawak)


Assalamualaikum....
Salam perkenalan kepada semua. Nama saya Salina dan sahabat semua boleh memanggil saya Sya sahaja. Di sini saya ingin memperkenalkan blog Ghina Sumayyah Collection kepada sahabat semua.

    Ghina Sumayyah Collection (GSC) adalah sebuah online butik yang menjual pelbagai kelengkapan muslimah. GSC mempunyai 2 orang tukang jahit yang sentiasa membantu untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

    Alhamdulillah, sehingga hari ini sejak 2 tahun yang lalu, GSC tidak pernah menerima rungutan daripada pelanggan dan insyallah GSC akan mengekalkan rekod ini bagi keselesaan pelanggan.

    Ini kerana, keselesaan dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami....