Wednesday, 22 October 2014

7 SUNNAH HEBAT

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

www.fb.com/KlinikQuranOfficial

Saturday, 18 October 2014

TIP ISTIMEWA UNTUK ANDA YANG ISTIMEWA

Assalamualaikum....

Saya nak kongsi very good tips - bagi yang terbangun dari tidur untuk buang air… baca ya!

Penting untuk diambil perhatian! — Tiga kali (1/2).

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting? 3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death).

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal?

Penyebabnya adalah ketika bangun malam untuk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa "3 x 1/2 minit" amat penting? Kerana pattern ECG (Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dengan bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

1. Bila terbangun daripada tidur jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2. Duduk di katil untuk  tempoh 1/2 minit;

3. Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yang dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini daripada dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk buang air kecil di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil, punggunnya mengalami luka-luka dikubitus.
Seandainya dia mengetahui
perkara ini, beliau tidak seharusnya menderita seperti kini.

Share untuk orang-orang yang kita sayang untuk menghindari perkara-perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is caring.
Credit to YB Dr Daroyah Alwi.

Thursday, 16 October 2014

TITIAN SIRATUL MUSTAQIM

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi Siratul Mustaqim, iaitu suatu titian atau jambatan yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
.
Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, Selamatkan, Selamatkan!” (Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)
.
.
Umat ​​Nabi Muhammad ﷺ Diseru
.
Allah سبحانه وتعالى menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk diperiksa dan lintaskan mereka pada Titian Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 5000 tahun perjalanan.”
.
Rasulullah ﷺ bersabda:
فيمر المؤمنون كطرف العين وكالبرق وكالريح وكالطير وكأجاويد الخيل والركاب فناج مسلم ومخدوش مرسل ومكدوس في نار جهنم
“Orang-orang yang beriman akan melaluinya seperti kerdipan mata, dan ada yang seperti kilat, angin, burung, kuda yang baik dan unta. Maka merekalah yang selamat dan diselamatkan. Ada juga yang dicarik-carik lalu dilepaskan dan ada pula yang terjatuh ke dalam neraka Jahannam.” (Muttafaq ‘Alaih: al-Bukhari, 22/448, no. 6886. Muslim, 1/427, no. 269)
.
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Siapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah سبحانه وتعالى, maka dia akan selamat. Jika sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”
.
Nabi Muhammad ﷺ bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik Dengan izin Allah سبحانه وتعالى ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
.
Malaikat Malik memalingkan mukanya daripada umat Nabi Muhammad ﷺ. Umat ​​Nabi Muhammadﷺ  telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammadﷺ mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku pada Titian Sirat ini!”
.
.
Keadaan Semasa Melintasi Titian Sirat
.
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
Kumpulan ke 2 melintasi seperti tiupan angin yang kencang.
Kumpulan ke 3 melintasi seperti kelajuan kuda lumba.
Kumpulan ke 4 melintasi seperti burung yang pantas.
Kumpulan ke 5 melintasi dalam keadaan berlari.
Kumpulan ke 6 melintasi dalam keadaan berjalan.
Kumpulan ke 7 melintasi dalam keadaan kerap berdiri dan duduk.
Kumpulan ke 8 menarik muka-muka mereka dengan rantai.
Kumpulan ke 9 dan ke 10 mereka ketinggalan di atas Titian Sirat dan tidak dibenarkan untuk menyeberang.
.
Keadaan kumpulan ke 7 – 10 semasa melintasi Titian Sirat:
.
Kumpulan ke Tujuh melintasi dengan keadaan kerap berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad ﷺ berhenti di atas Sirat. Setiap kali, Baginda melihat seorang dari umatnya bergayut pada Titian Sirat, Baginda akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
.
Kumpulan ke Lapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk amalan, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad!” Nabi Muhammad ﷺ berkata: “Allah! Selamatkan mereka! Allah! Selamatkan mereka!”
.
Kumpulan ke Sembilan dan ke Sepuluh mereka tertinggal di atas Titian Sirat yang bagai rambut dibelah 7 itu sambil menahan kepanasan julangan api neraka yang sedia menunggu di bawah mereka dan tidak dibenarkan untuk menyeberangi kerana dosa-dosa besar mereka yang terlalu banyak.
.
.
Tangisan Kanak-Kanak
.
Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Jumlah dahannya tidak terkira melainkan Allah سبحانه وتعالى sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Ketika mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan ayah mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
.
Hanya tinggal, anak-anak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”

Anak yang belum melihat ibu dan ayah mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”

Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Ta’ala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”
.
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Disebut “Tempat Teropong”. Kaki-kaki mereka akan tergantung di Titian Sirat.
.
Nabi Muhammad ﷺ melintasi Siratul Mustaqim bersama orang-orang yang soleh di antara yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.
.
Apabila bendera Baginda mendekati pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan suara tangisan mereka. Rasulullah ﷺ bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka.” Nabi ﷺ bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”
.
Nabi Muhammad ﷺ memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan tetap di dalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.
.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyimpulkan bahawa:
والصراط منصوب على متن جهنم وهو الجسر الذي بين الجنة والنار يمر الناس على قدر أعمالهم فمنهم من يمر كلمح البصر ومنهم من يمر كالبرق ومنهم من يمر كالريح ومنهم من يمر كالفرس الجواد ومنهم من يمر كركاب الإبل ومنهم من يعدو عدوا ومنهم من يمشي مشيا ومنهم من يزحف زحفا ومنهم من يخطف خطفا ويلقى في جهنم . فإن الجسر عليه كلاليب تخطف الناس بأعمالهم فمن مر على الصراط دخل الجنة فإذا عبروا عليه وقفوا على قنطرة بين الجنة والنار فيقتص لبعضهم من بعض فإذا هذبوا ونقوا أذن لهم في دخول الجنة
“Ash-Shiraath dibentangkan di atas neraka jahannam, ia adalah titian di antara syurga dan neraka. Manusia melaluinya (meniti di atasnya) bersesuaian dengan kadar amal perbuatan mereka, di antara mereka ada yang melaluiya sepantas kerdipan mata, ada yang melaluinya seperti kilat, ada yang melaluinya selaju angin, ada yang melaluinya seperti larian kuda, ada yang melaluinya seperti menunggang unta, ada yang melaluinya dengan berlari, ada yang melaluinya dengan berjalan, dan ada yang melaluinya dengan merangkak. Di antara mereka ada yang disambar lalu dilemparkan ke dalam jahannam, kerana di titian tersebut terdapat besi pengait yang menyambar manusia bersesuaian dengan amalnya. Sesiapa yang berjaya melepasi titian siraath, dia masuk syurga. Apabila mereka telah melaluinya, maka mereka berhenti di jambatan di antara syurga dan neraka, lalu dilaksanakan qishash dari sebahagian untuk sebahagian yang lain. Apabila mereka telah disucikan dan dibersihkan, mereka diizinkan masuk syurga.” (al-Aqidah al-Wasithiyah)
.
وَالسَّلاَمْ

CUKUP DENGAN YANG SEDIKIT

Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?
 ....
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:
1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
....
3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...
*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...

Jenaka Ustaz Azhar .....
Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.
Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang
Allah beri pada kita. Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. Kadang-kadang kucingbawa lari
seekor ikan kembong yang
kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! Dia bukan ambil semua, seekor saja. Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit.
Muhasabahlah diri kita.Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.
( Ustaz Azhar Idrus)
Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)
ㅤ  ㅤ  ㅤ      
ㅤ    Subhanallah  
    Alhamdulillah    
     Lailahaillallah   
ㅤ    Allahuakbar   

Thursday, 9 October 2014

ULANG TAHUN KELAHIRANKU

Alhamdulillah....
Syukur ke hadrat Ilahi hari ini umurku genab lagi setahun. Allah memberiku kesihatan yang baik, kehidupan yang sederhana dan rezeki yang tidak putus. Alhamdulillah...

Dan untuk tahun baru ini, saya ingin memahat satu lagi impian yang selama ini saya ingin lakukan. Semoga berkat Ulang Tahun Kelahiran saya hari ini dan berkat tahun baru 2015 yang akan tiba tidak lama lagi, impian saya akan menjadi kenyataan. Insyallah...

Saya amat mengharapkan doa dan ingatan dari semua sahabat saya.

Salam sayang dari saya.
Sha Ishak
deliciouscupcake.blogspot.com

Saturday, 4 October 2014

ASSALAMUALAIKUM....

Kepada para sahabat saya yang mengunjungi blog ini. Saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung jari kaki.

Saya amat mengalu-alukan semua sahabat blog sentiasa mengunjungi blog ini dan memberi komen yang membina untuk saya.

Sekian, terima kasih.
Salam sayang untuk semua.
deliciouscupcake2014.blogspot.com

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Bersempena bulan dan hari yang mulia ini, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat saya.

Hari ini saya dan emak bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk esok. Kami ada masak rendang dan nasi empet. Memang setiap tahun pun begitu. Petang tadi saya buat cupcake. Saya ada share resepi di deliciouscupcake2014.blogspot.com. Para sahabat boleh cuba la resepi cupcake saya tu ye...

Semoga Hari Raya Aidiladha kali ini memberi seribu makna buat kita semua. Insyallah